WARGA FELDA PENENTU PERUBAHAN

Wednesday 11 May 2011

Kegagalan Felda Mengurus Ladang Peneroka Melalui Felda Technoplant

Kenyataan Media S/U Biro Masyarakat Felda & Orang Asal

Setelah 50 tahun Felda ditubuhkan di bawah penguasaan Umno & BN, hari ini Felda boleh diisytiharkan sebagai agensi yang gagal.

Asas penubuhan Felda yang amat murni iaitu bertujuan membangunkan dan memajukan taraf sosial dan ekonomi para petani dan penduduk luar bandar telah hancur lebur di bawah pemerintahan Umno & BN.

Kini Felda bukan lagi menjadi agen pembangunan masyarakat miskin sebaliknya telah menjadi agensi Politik yang mana peneroka hanya dijadikan simpanan tetap untuk memenangi pilihan raya.

Nasib sebahagian besar peneroka hari ini adalah lebih buruk lagi berbanding sebelum mereka menjadi peneroka. Dulu sememangnya mereka tidak mempunyai tanah dan rumah sebahagian besarnya, akan tetapi perlu diingat mereka tidak mempunyai hutang. Hari ini mereka mempunyai tanah dan rumah akan tetapi mereka menanggung hutang yang banyak iaitu sekitar RM80,000.00 hingga RM120,000.00 seorang. Mereka ada kawasan pertanian tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa malah nak masuk kebun pun dihalang.
Mereka ini adalah peneroka yang mengikuti program tanam semula bersama Felda. Sungguh aneh, bagaimana sebuah agensi yang bertanggung jawab memajukan rakyat miskin sebaliknya membiarkan peneroka terus dibebani hutang!. Saya percaya hutang ini tidak akan dapat dilangsaikan oleh peneroka dan anak cucu mereka. Ini adalah suatu penganiayaan dan perbuatan yang keji.

Saya percaya ramai peneroka akan diisytiharkan muflis tidak lama lagi dan menanggung hutang sampai mati.

Sehubungan dengan itu saya menggesa agar SUHAKAM menyiasat segera secara terperinci berhubung kegagalan Felda dan Felda Technoplan yang gagal mengurus program tanam semula dikebanyakkan tanah rancangan di seluruh negara sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Presiden Anak iaitu Sdr. Mazlan Aliman pada 9hb Mei baru-baru , ini dan hasilnya perlulah dibentangkan kepada pihak awam.

Saya juga menyeru kepada seluruh warga Felda agar lebih ramai lagi tampil membuat aduan berhubung kait penyelewengan yang telah berlaku...

Rebin Birham
Setiausaha Biro Masyarakat Felda & Orang Asal

1 comment:

  1. Di kawasan-kawasan yang diselenggarakan oleh Felda Technoplant, tanaman-tanaman yang sudah mati tidak disulam, dan penjagaan membaja hanya dilakukan di kawasan-kawasan yang berhampiran dengan jalan-jalan tetapi yang jauh dengan jalan-jalan tidak dibaja. Umumnya, tanaman yang diselenggarakan oleh Felda Technoplant kurang berjaya jika dibandingkan dengan tanaman yang dibuat sendiri oleh peneroka-peneroka.

    ReplyDelete