WARGA FELDA PENENTU PERUBAHAN

Sunday 20 November 2011

JANJI PALONG


JANJI PALONG
Janji Palong merupakan tawaran Manifesto Pilihanraya Ke-13 khusus ditawarkan kepada warga Felda di seluruh negara bagi meraih sokong dan undi untuk kemenangan calon-calon  pilihanraya di kawasan rancangan felda. Matlamat Janji Palong adalah untuk kesejahteraan warga felda di seluruh negara.

1.     MANSUH FELDA PLANTATION
Merujuk kepada perkara 8 di dalam Buku Jingga, perlaksanaan akan dibuat di dalam tempoh 100 hari.  Keluasan Felda Plantation dianggarkan 830,000 ekar tanah di seluruh negara. Keluasan ini mampu menampung 83,000 orang peneroka baru seluruh negara sebanyak 10 ekar setiap seorang.


2.     TAWARAN PENEROKA BARU
Berikutan pemansuhan Felda Plantation yang berjumlah 830,000 ekar tanah di seluruh negara, maka tanah-tanah tersebut akan ditawarkan kepada peneroka-peneroka baru di kalangan generasi-generasi baru terutamanya warga felda. Tawaran peneroka baru ini dianggarkan dibuka kepada 83,000 orang peneroka baru.

3.     PERUMAHAN GENERASI BARU
Di kebanyakkan kawasan-kawasan tanah rancangan kini bukan sahaja dihuni oleh peneroka-peneroka, malah ada anak-anak yang telah pun berkahwin dan mempunyai anak menetap bersama-sama ibubapa mereka yang mana mereka ini membantu ibubapa ataupun bekerja di tanah-tanah rancangan tersebut. Generasi-generasi baru ini memerlukan tempat tinggal sendiri yang selesa dan mampu milik. Tanah-tanah rancangan ini terletak jauh dari bandar menyebabkan mereka tidak berpeluang untuk menyewa atau mencari tempat tinggal sendiri. Oleh itu,  Pakatan Rakyat akan membangunkan perumahan mampu milik generasi baru bagi tujuan dimiliki oleh generasi baru Felda yang menetap di kawasan rancangan Felda.

4.     TAMATKAN PENIPUAN KPG
Selama ini Felda menipu peneroka seluruh negara di dalam urusan jual beli kelapa sawit dengan hanya membayar purata kadar perahan gred (KPG) sekitar 18% - 19% sahaja. Sedangkan KPG sebenar boleh mencapai sehingga 28% berdasarkan hasil kajian makmal yang telah diperolehi. Selain itu, kemenangan kes di Felda Kemahang 3 menjadi bukti penipuan felda selama ini.

5. HAPUS HUTANG PENEROKA
Felda selama ini hanya mengeluarkan penyata hutang yang melibatkan kos pembangunan dan sara hidup. Namun Felda gagal mengeluarkan penyata hasil pendapatan peneroka. Oleh itu peneroka tidak tahu berapa sebenar pendapatan mereka. Oleh itu, jika Pakatan Rakyat mengambilalih pentadbiran Putrajaya, pendapatan peneroka yang disembunyikan akan diisytiharkan dan hutang peneroka akan ditolak daripada pendapatan itu menngikut kiraan sebenar.

6.     PEMBERIAN INSENTIF KEPADA PENEROKA TANAM SEMULA SECARA INDI VIDU
Pemberian insentif ini adalah untuk mengiktiraf usaha mereka yang telah berusaha dengan gigih mengusahakan tanam semula secara individu tanpa mengharapkan bantuan dan pergantungan kepada felda. Bentuk insentif berkemungkinan di dalam bentuk-bentuk wang tunai atau pun geran-geran tertentu.


Diharap Janji Palong ini dapat memenuhi keperluan dan kesesuaian warga felda. Janji Palong ini perlu dimasyhurkan melalui apa jua cara agar ianya sampai ke pengetahuan warga felda seluruh negara.

No comments:

Post a Comment